Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda

H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda | Assalamualaikum. Kali ni Mek Cah kembali untuk review H-Focus Tablet Minda Dan IQ Genius yang berfungsi sebagai vitamin mata dan kecerdasan minda anak-anak. Bila dah jadi mak-mak ni mula lah sibuk nak cari vitamin tambahan untuk si kecil supaya minda cergas dan cepat belajar, jadi H-Focus pilihan terbaik  untuk Alisha Safiya. H-Focus merupakan satu produk minda dan kesihatan/supplement yang berasaskan makanan sunnah dan moden untuk minda  dihasilkan dalam bentuk tablet yang memudahkan pengambilan khasnya kanak-kanak. Beza antara H-Focus dengan produk minda yang lain ialah HFocus mengandungi 13 Khasiat yang terbaik selain HFocus bukan hanya untuk MINDA tetapi bagus untuk MATA anak anda. 

Memang sukar untuk mencari vitamin tambahan untuk anak-anak yang boleh diambil seawal setahun tetapi dengan HFocus umur 1 Tahun dan boleh amalkan tau sehinggalah dewasa. Sekarang memang jimat sebab Mek Cah berkongsi vitamin yang sama dengan Mek Icha ni, jimat duit papa tak perlu beli pelbagai jenis vitamin yang lain. Tapi 'Review Vitamin C 1000mg Pahang Pharmacy' memang tidak akan skip tau. Mihmih

hazanis

Untuk pengetahuan ibu-bapa semua H-Focus selain terbaik untuk MINDA , ia juga membantu menambahkan kesihatan mata anak-anak. Antara kelebihan H-Focus Tablet Minda Dan IQ Genius ialah :-

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk MINDA mereka:
✅ Menjadi rajin untuk belajar
✅ Suka dengan buku
✅ Mudah menghafal
✅ Minat dan cekap membuat matematik
✅ Meningkatkan daya fokus belajar terutama di sekolah
✅ Mudah mendengar kata
✅ Petah bercakap
✅ Mudah bangun pagi
✅ Mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
✅ Mudah solat tanpa di suruh
✅ Meningkatkan keyakinan diri
✅ Menjadi lebih berdikari
✅ Meningkatkan selera makan anak(bagi yang kurang selera makan sahaja)

H-Focus dapat membantu anak-anak untuk MATA mereka:
✅ Mampu mengurangkan rabun jauh, rabun dekat, rabun silau, rabun malam.
✅ Mampu mengatasi masalah selaput mata, mata letih, mata berair, gatal mata.
✅ Mencerahkan penglihatan mata rabun jauh dan dekat.
✅ Mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
✅ Mencantik dan melembabkan mata yang lesu.
✅ Hilangkan masalah mata kering.
✅ Mengurangkan  masalah mata merah.
✅ Kurangkan masalah Rabun malam.
✅ Sesuai untuk Masalah mata berair.



VITAMIN MINDA

Korang jangan risau H-Focus ini selamat digunakan kerana diformulasikan daripada beberapa makanan sunnah dan mempunyai beribu testimoni dari pengguna :-
 
1. Colostrum (Kolostrum)
Menguatkan & melindungi sistem pertahanan tubuh badan, Melawan jangkitan virus dan toksin yang berlebihan dalam tubuh badan, Membantu mencerdaskan minda dan mudah menghafal.

2. Pistachio (Badam Hijau)
Kaya dengan potassium yang membantu meningkatkan tahap kecerdasan minda & Mengandungi anti oksida yang melindungi tubuh dari radikal bebas.

3. Calcium (Kalsium)
Memberikan tulang yang lebih kuat dan fleksibel. Membantu badan dalam pengambilan zat besi.

4. Cereals (Bijirin)

Bijirin membantu membekalkan zat besi untuk pembinaan dan perkembangan otak yang lebih sihat.

5. Algae DHA (DHA Alga)

Meningkatkan daya fokus, membantu perkembangan minda yang sihat, membantu menajamkan penglihatan dan meningkatkan sistem imun badan

6. Centella asiatica –(Daun pegaga)
Pegaga mempunyai zat makanan yang berhasiat seperti zat besi, vitamain A dan C serta serat yang dapat membantu membangkitkan selera makan dan meredakan masalah penghadaman.

7. Honey (Madu)
Madu berfungsi menggantikan sel-sel otak yang rosak dengan sel baru yang sihat
 
8. Dates (Kurma)
Sangat berkhasiat untuk membantu tumbesaran kanak-kanak, membantu membentuk minda yang lebih sihat dan membantu mencergaskan minda dan tubuh badan

9. Raisin (Kismis)
Kandungan gula ringkas dalam kismis membantu meningkatkan pemikiran otak, Sumber tenaga yang diperlukan dengan segera & Membantu memperbaiki daya penglihatan yang sihat.

10. Pomegranate (buah delima)
Mengandungi Pottasium yang sangat tinggi, Fosfor, Kalsium, Zat Besi, Sodium, Vitamin A, B1, B2, B3 dan C Membantu Sistem Penghadaman. Ini boleh membantu anda mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, dan batuk..

11. Vitamin C (vitamin C)
Vitamin C adalah vitamin yang diperlurkan oleh badan untuk pembentukan tulang serta menguatkan sistem imunisasi badan. Selain itu, Vitamin C dapat pulihkan demam, memberikan tenaga, memulihkan luka dan mencegah kanser.

12. Lycopene (tomato)
Tomato mengandungi nutrient yang diperlukan seperti vitamin (A, B3, B6, C, dan K), Potasium, dan Serat. Tomato juga dapat membantu untuk memudahkan penghadaman, masalah sukar tidur

13. Blackcurrant – (anggur)
Kajian menunjukkan bahawa anggur mengandungi vitamin C yang tinggi, vitamin (A, B1, B2), antioksida, dan nilai kalori yang rendah. Ia juga dapat membantu melegakan sistem saraf, meringankan demam, migrain dan athma.


Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan Minda

Info Produk H-Focus
Isi Kandungan     : 100 Tablet Dalam 1 Botol
Tempoh penggunaan 1 Botol     Sehingga 60 hari (1 Tablet page & 1 Tablet malam)
No Pendaftaran KKM   :  Bukan Ketegori Ubat-Ubatan
Syarikat Pengeluar   :  Sejagat Global Resources, 100% Bumiputera Islam dengan Kilang Berstatus GMP & Halal

Testimoni Ibu Bapa Yang Telah Mencuba Tablet Minda H-Focus

Testimoni Tablet Minda H-Focus


Testimoni Tablet Minda H-Focus 2

Review H-Focus Vitamin Mata Dan Kecerdasan
HFocus ni kalau anak-anak makan memang tak cukup 1 biji.

Tidak rugi ibu-bapa bagi anak-anak cuba tau, untuk kebaikan masa hadapan juga supaya anak lebih pintar dalam pelajaran disamping menjaga kesihatan mata. Yang mana berminat boleh melakukan pembelian di website atau melalui facebook yang disediakan dibawah. Selalu ubat-ubatan anak-anak susah nak makan kan? tapi dengan tablet Hfocus ni pasti anak-anak suka kerana rasanya macam coklat je. Hihihi Icha makan satu tak cukup siap minta lebih lagi.Sekarang pun dah pandai sebut papa, fish, no no, baby dan banyak lagi lah. Alhamdulillah


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download | Hai sendu je rasa blog ni bila lama-lama tak update blog. Makin sendu bila lama tak layan movie dekat rumah, nak layan di pawagam memang tak dapat dah sekarang bila ada anak kecil. Jadi, paling senang tengok je dekat rumah sambil makan nasi. Muehehe layan dihujung minggu pun syok jugak kan. Sebelum ni Izara Aishah berlakon dalam 'J Revolusi Full Movie Download' sekarang dengan Aaron Aziz pula, memang serasi lebih-lebih lagi mana mereka bercuti di Oakland kalau tak silap memang cantik giler tempat tu macam lukisan je. Korang wajib tengok tau, yang tengah pening nak cari link untuk tonton dan download  filem Kau Yang Satu (2017) meh baca rapat-rapat tau. Untuk cerita ni Mek Cah kasi 8 bintang dari 10 bintang okay. Nak tahu kenapa tak cukup 10 bintang sila tonton sendiri.


Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

SINOPSIS FILEM Kau Yang Satu (2017)

Mengisahkan pergolakan cinta tiga segi yang bermula apabila bot milik seorang lelaki bernama Datuk Mustaza telah karam selepas dipukul ombak ketika dia keluar memancing, namun nasibnya baik apabila dia telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman.
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download 2
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download

Datuk Mustaza yang berasa dirinya terhutang budi mahu menjodohkan anak lelakinya Taufik dengan anak Sulaiman yang bernama Salina. Bagaimanapun kedua-dua Taufik dan Salina tidak bersetuju kerana mereka sudah mempunyai teman istimewa. Tetapi akhirnya, mereka terpaksa akur dengan bapa mereka.

Apabila hati dan cinta tidak sehaluan, kemanakah hala tuju hati?
Kau Yang Satu (2017) Full Movie Download  
WATCH ONLINE/TONTON ONLINE

*CREDIT TO DFM2U

DOWNLOAD SINI

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen Baju Tunang 2017

Fesyen Baju Tunang 2017 | Persiapan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan memang memenatkan, banyak perkara yang perlu difikirkan. Kalau ajak kahwin sekali lagi sumpah tak mahu dah. Alhamdulillah Mek Cah tak bertunang pun tapi terus merisik dan kahwin. Persiapan untuk kahwin cuma ada masa 2 bulan sahaja dari tarikh merisik. Dulu memang gedik sangat update entri dengan tajuk 'Busana pengantin dan tunang' kononnya nak baju pengantin macam tu tuptup pakai je yang mana ada means pakai je baju yang pihak butik pengantin sediakan. Alhamdulillah kerana 'Tips Merisik Mengikut Ajaran Islam' , telah banyak membantu melancarkan majlis merisik Mek Cah Mei 2015. Okay kali Mek Cah nak share Fesyen Baju Tunang yang mungkin boleh menjadi idea untuk mereka yang bakal melangsungkan majlis pertunangan. Kalau bertunang perlu simple-simple je, tapi zaman sekarang dah jadi trend bertunang dah macam majlis kahwin. Lagi-lagi golongan artis, maka ramai lah golongan kita ni terpengaruh dengan mereka termasuk lah dengan Mek Cah. Tapi awal-awal perlu fikir ukur baju dibadan sendiri. Lolzzzz

Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang Hanis Zalikha
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang 2017
Untuk majlis pertunangan biasa ada yang pakai warna putih melambangkan kesucian gitewww. Kalau majlis akad nikah pun biasa orang pakai putih jugak. Untuk warna-warna lain memang jarang jumpa. Oh ya nak kahwin tu dah ada idea untuk pelamin nanti? Kalau belum ada idea mohon cuci mata di artikel ini  tau 'Inspirasi Pelamin Terkini', fuh memang cantik!. Kalau untuk majlis pertunangan wajib tengok mini pelamin yang comel ni. Sumpah lawa nakmatey. 
 
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang
Warna macam ni pun menarik, rekaan baju yang simple tapi nampak menyerlahkan keayuan. Baju ni pun boleh buat raya. Haaaaa kalau nak kahwin musim raya tu masa ni lah boleh berjimat, buat baju raya dan baju tunang. Zaman ekonomi yang tak stabil ni kena bijak berbelanja, haaa giteww!

Fesyen Baju Tunang 2017
Fesyen Baju Tunang
Nah Mek Cah kongsikan "Inspirasi Handbouquet Di Hari Perkahwinan', itulah satu-satunya gambar kahwin yang dikongsikan dalam blog.  Yang Mek Cah punya jimat RM50 sahaja, lagipun bunga fresh ni cepat layu. Muehehe memang nak jimat sangat sebab orang lain punya mungkin beratus. Selamat bertunang mana yang bakal bertunang, jaga hubungan baik-baik tau. Jangan nak  gaduh-gaduh manja sangat masa bertunang ni. Bertunang pun jangan lama-lama nanti banyak pula dugaan yang datang. Chewah!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Inai Homemade Viral!

Inai Homemade | Assalamualaikum. Sekarang nak jumpa pokok inai daun tersangat susah memandangkan tak ramai yang tanam pokok inai daun. Kalau dulu-dulu pokok inai daun senang nak jumpa. Bagi yang kempunan nak pakai inai boleh je cuba inai homemade ni yang terlajak senang. Nak tunggu inai mekah memang susah memandangkan kena import dari Mekah terlebih dahulu. Jadi untuk sementara apa kata cuba inai homemade dari pemilik facebook Rosdiana Dian.  Hanya menggunakan 3 bahan asas korang dah dapat inai yang cantik. Zaman sekarang semuanya kena kreatif termasuk lah nak dapatkan kulit putih tanpa produk sampingan. Baca tau '5 Cara Memutihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi'. Yang mana dah cuba nanti komen tau.

Bahan-bahan Inai Homemade Mudah
Bahan-bahan Inai Homemade
3 Bahan-bahan asas Inai Homemade :

1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja. jangan banyak takut panas. kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin. Hehehe..

2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi).

#Atau, sabun axion pun buleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dlm Sukatan 1 sudu besar).

3. Pewarna makanan berwarna ceri merah. Ada yang pakai sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun. oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau... tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).

Cara-cara bancuhan :

INAI HOMEMADE 3

Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Jangan campur air tau. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.

Alaaaaa. susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli je inai readymade kat kedai tu, tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa dan cepat pudar. Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.

Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Selamat mencuba.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Promosi Murah Huggies 3x Pack Hanya RM79.90 di Lazada Malaysia!

Assalamualaikum. "Big Baby Fair" Lazada Malaysia kembali lagi.  BIG BABY FAIR 2017 berlangsung dari 26 Julai sehingga 30 Julai 2017 membuatkan Mek Cah dah tak sabar nak shopping barang Icha di Lazada. Maklum lah sekarang nak ke Shopping Mall pun fikir 100x sebab anak kesayangan semakin aktif semenjak boleh jalan. Sob sobsss mesti semua barang dia nak semenjak boleh sebut perkataan 'NAK, NAK' NAK! . Haisshhhh nasib baik la sayang kan.

Big Baby Fair Lazada Malaysia 26 Julai Hingga 30 Julai 2017 DISKAUN Sehingga 80%!


Apa yang menarik tentang BIG BABY FAIR yang bakal berlangsung nanti ialah promosi diskaun sehingga 80% untuk pelbagai barangan termasuklah lampin, fesyen kanak-kanak dan kelengkapan bayi. Bila dengar promosi diskaun sehingga 80% pasti ramai mommy semua dah tak sabar untuk shopping kan? Kalau shopping online ni memang jimat masa dan tenaga lagi-lagi yang memang selalu sibuk sampai tiada masa nak ke Mall lama-lama.

BIG BABY FAIR LAZADA
BIG BABY FAIR LAZADA 2017
Antara jenama terkemuka yang para rakyat Malaysia boleh dapatkan sepanjang kempen “Big Baby Fair” termasuklah Mamypoko, Huggies, Nestle, Sweet Cherry, Pediasure, Goo.N, Wyeth, Anakku dan Fisher Price dan banyak lagi.
 

Promosi Huggies Murah
Promosi Huggies Murah
Promosi Huggies Drypant (pack of 3) hanya RM79.90!

Apa yang Mek Cah paling tak sabar mengenai BIG BABY FAIR 2017 ialah tentang promosi Huggies Drypant (pack of 3) hanya RM79.90. Bermula size S sehingga XXL harga tetap sama okay!. Lagi satu siapa yang terawal dapat Huggies Baby Wipes Gentle Care 80s x 1 pack bernilai RM 8.90. Masa ni la mak -mak semua nak berjimat kan? Bila lagi nak dapat harga termurah macam ni memandangkan pampers anak memang menjadi keutamaan setiap kali shopping. So kali ni beli 3 terus tahan berbulan. Insyaallah.  Bukan sahaja akan menikmati diskaun hebat dan jualan segera daripada jenama di atas tetapi  juga boleh mengharapkan penghantaran percuma apabila membeli produk terpilih!.

Selain korang dapat membeli belah dengan harga murah, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah hebat dengan menyertai peraduan di social media Lazada Malaysia terutamanya di LINE Lazada Malaysia. Hadiah untuk pemenang pun best-best tau. Jangan lupa install LINE  di apps store tau. Untuk makluman semua Lazada Malaysia selalu je adakan contest untuk blogger dan pembeli jadi rajin-rajin la korang ke laman social media Lazada Malaysia.
Huggies Dry Pants M60+6 x 3 Super Jumbo pack
Huggies Dry Pants M60+6 x 3 Super Jumbo pack
Huggies Dry Diapers L60
Huggies Dry Diapers L60 x 3 Super Jumbo pack 
Sekarang korang boleh pilih saiz pampers anak korang dan terus je tekan link ni tau senang tak perlu korang serch sendiri 'Huggies Dry Diapers L60 x 3 Super Jumbo pack'  & 'Huggies Dry Pants M60+6 x 3 Super Jumbo pack'. Apa yang lebih menarik ada FREE GIFT tau bagi yang terawal iaitu  Huggies Baby Wipes Gentle Care 80s x 1 pack bernilai RM 8.90. Bila baca review pembeli semuanya okay tip top menambahkan keyakinan pembeli membuat pembeliah secara online. Sekiranya korang ada tidak berpuas hati dengan barangan yang diterima boleh je buat aduan di bahagian customer service Lazada Malaysia tau.
Huggies

Huggies

Product details of Huggies Dry Diapers
When babies are growing up, they tend to be more active. The new and improved HUGGIES DRY PANTS is designed for active babies with new features to provide superior comfort and protection, keeping baby dry and comfortable. Huggies Dry Pants are affordable so baby can use it every day.

Nothing but the best for your active little one, only from Huggies Dry Pants!
Clinically proven++ to help prevent diaper rash, Huggies Dry diapers keeps your baby’s skin drier and healthier with a 100% breathable cover, quick dry layer and the double leak barriers to provide extra protection against leaks at the legs. Now let Huggies defend your baby’s bottom, so you don’t have to.

++Akin et al, Pediatric Dermatology, 2001

Mothers believe that ensuring no harmful side effects is especially important when taking care of baby’s skin. Baby’s skin is more delicate as it is 1/3 thinner than an adult’s, thus deserves the most natural care and protection from the risk of skin irritation.
Product details of Huggies Dry Diapers
Huggies
Jom Jimat 100x ganda Shopping Di Lazada Malaysia Sempena Big Baby Fair!

Akhir kata, semua yang dah ada anak kecil ni pasti mementingkan keperluan anak berbanding keperluan sendiri. Eceh! bila dah jadi ibu ni macam-macam dah rasa. Pahit manis bergelar seorang ibu yang ada anak kecil.  Jadi segala keperluan seperti pampers, susu, pakaian memerlukan kos dan bajet yang cukup. Bila dah ada yang murah kenapa beli yang mahal kan? Tolong jangan lepaskan peluang untuk shopping barangan bayi dengan harga jimat ni tau. Tak mau lepas ni korang semua menyesal sebab tak shopping dari awal-awal. Terima kasih LAZADA kerana selalu je buat promosi kaw-kaw untuk kami semua. Yang dah terlepas dengan 'Promosi Barang Bayi Murah di Lazada Big Baby Fair 2017, yang sebelum ni cepat-cepat SAVE THE DATE untuk 26 Julai-30 Julai 2017 nanti tau. Muah Muah Muah bak kata DSV. Mihmih

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Ikan Singgang Kelantan

Resepi Ikan Singgang Kelantan memang mudah sebab bahan-bahan hanya beberapa jenis sahaja. Sambil dukung anak pun boleh buat. Eceh! sebelum ni kalau emak masak pandang sebelah mata je sebab lauk ikan. Tapi bila dah berkahwin ni selera tu lain macam sikit sebab suami kaki budu. Pergh! memang nyakut molek ikan singgang makan dengan budu dicicah dengan ulaman. Tambah dengan tempoyak lagi menaikkan selera makan. Masa ni memang tak diet dah memandangkan makanan sedap kena selera dengan orang Kelantan. Siapa yang tak makan budu tu memang menyesal, tapi ada sesetengah orang alergik dengan budu. Yang tu kalau dah elergik baik berpantang terus yer kot makin parah.
   
Resepi Ikan Singgang
Resepi Ikan Singgang
Resepi Ikan Singgang Kelantan
Resepi Ikan Singgang Kelantan
Bahan-bahan Ikan Singgang Kelantan :
  • Ikan tenggiri
  • 4 ulas Bwg putih- dihiris
  • Lengkuas 1 1/2 inci - dihiris halus
  • Asam keping -5-6 keping (kalu suka masam boleh tambah)
  • Cili Padi - hiris kalau suka
  • Budu 1sk (optional)
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan-bahan dalam periuk
  • Masukkan air - paras dia agak-agak tenggelam sikit ikan tu
  • garam
  • 1/4 Gula melaka @ orang kelantan panggil Nise
  • Masak sampai mendidih

Resepi Ikan Singgang

Hidangkan bersama Budu & ulam-ulaman kegemaran.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Ketahui Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser!

Tanda-Tanda Awal 10 Jenis Kanser | Assalamualaikum. Al-fatihah kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita. Berita kematian blogger terkenal Shea Rasol sangat memeranjatkan dan tidak sangka permergian blogger ini secepat ini. Walaupun hanya sebagai rakan blogger tetapi turut terkesan kerana tiba-tiba dirinya dijemput Ilahi kerana kanser. Disini bermula lah kesedaran untuk Mek Cah untuk tahu serba sedikit tanda-tanda awal kanser. Allah, semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berbahaya ini.

1. Kanser Payudara
Boleh dikatakan bahawa kes wanita yang mengidap penyakit kanser payudara semakin meningkat pada masa kini. Tidak dinafikan jika penyakit kanser payudara merupakan penyakit turun temurun dalam genetik keluarga, tetapi usaha kita untuk mengelakkannya juga perlu agar risiko untuk terkena penyakit kanser payudara berkurang.
Tanda-Tanda Awal Kanser Payudar

Kini penyakit kanser payudara juga tidak mengenal usia. Bahkan perempuan seawal 20an juga sudah ada yang didiagnos dengan penyakit kanser payudara apabila ia bermula hanya dengan ketulan atau benjolan kecil di bahagian payudara yang dipanggil cyst atau fibroid.
  • Bengkak/gumpalan di buah dada
  • Keluar cairan berdarah dari putting
  • Pembesaran kelenjar di ketiak
  • Kedutan pada kulit di buah dada
2. Kanser Paru-Paru
Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki.  Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat dan
  • Batuk kuat berterusan
  • Batuk berdarah
  • Nafas termengah-mengah
  • Sakit dada
  • Hilang berat badan
3. Kanser Usus Besar
Kanser usus merupakan barah atau pertumbuhan tidak normal yang berlaku pada dinding saluran usus besar. Penyakit itu terbahagi kepada dua jenis, kanser usus sporadik, iaitu 80 hingga 85 peratus kanser berlaku secara spontan, manakala kanser usus keturunan pula lima hingga 15 peratus penghidap yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit berkenaan.

Kanser usus berada di tempat kedua pembunuh utama wanita, namun hakikatnya kanser usus dapat dicegah dan dirawat jika dikesan lebih awal dengan menjalani ujian kolonoskopi 15 tahun lebih awal daripada ahli keluarga yang pernah menghidap penyakit berkenaan.
  • Perubahan tabiat membuang air
  • Hilang berat badan
  • Sakit dalam perut dan usu
  • Berlaku pendarahan semasa membuang air
4. Kanser Pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim ini mempunyai tahap (level) untuk dikesan bahawa penyakit itu sudah mencapai tahap yang keberapa. Masih baik stabil atau sudah kritikal. Bahaya! Semua wanita perlu ambil tahu hal ini.

Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Tanda-Tanda Awal Kanser Rahim
Kadang-kala ramai remaja sekarang yang mempunyai penyakit dan mudah allergic. Kebanyakan sabun tidak sesuai. Bakteria mudah membiak dan mengakibatkan vagina seseorang itu menjadi gatal-gatal. Jadi ubati segera agar tidak mencapai tahap sehingga boleh mendapat penyakit yang tidak sepatutnya.
  • Sebarang lelehan/pendarahan yang luar biasa
  • Sakit selepas Bersama
  • Turun berat badan
5. Kanser Perut
Kanser perut bermula apabila muncul sel-sel kanser di dalam lapisan dalaman perut. Perkara tak dijangka tentang kanser perut adalah ia berkembang perlahan-lahan dan selama bertahun-tahun. Jadi, adalah sangat penting untuk mengetahui tanda-tanda kanser perut untuk intervensi awal.
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
Tanda-Tanda Awal Kanser Perut
  • Hilang berat badan
  • Muntah berdarah
  • System pencernaan tidak teratur
  • Cepat kenyang walaupun makan sikit
6. Kanser Hati
Kanser hati agak kurang popular berbanding kanser jenis lain walaupun tersenarai dalam 10 kanser utama di negara kita. Memang jumlah pesakit kanser hati tidak terlalu ramai iaitu sekitar 1, 000 orang, tetapi ia antara kanser yang sukar dirawat kerana kebanyakan kes lewat dikesan akibat ketiadaan gejala penyakit.
  • Kepenatan luar biasa dan loya
  • Kurang selera makan yang berterusan
  • Kurang berat badan mendadak
  • Mudah rasa kenyang
7. Kanser Otak
Kanser otak adalah tumor otak malignan yang boleh merebak dengan cepat ke bahagian lain otak dan tulang belakang. Sila ambil perhatian, tidak semua tumor otak malignan dan boleh dikategorikan sebagai kanser. Terdapat juga tumor otak tidak berbahaya. Benign tumor otak adalah sekumpulan sel-sel otak yang tumbuh perlahan-lahan dan tidak merebak ke bahagian lain.

Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tanda-Tanda Awal Kanser Otak
Tumor otak sendiri adalah pertumbuhan sel-sel otak yang luar biasa dan tidak terkawal. Dalam otak, tumor boleh membangunkan dari sel-sel yang membentuk tisu otak, saraf yang keluar-masuk ke dalam otak, dan membran yang meliputi otak dan saraf tunjang (meninges).
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
  • Gangguan penghilatan
  • Lemah atau lumpuh
  • Pening atau pitam
  • Pelupa
  • Perubahan personality
8. Kanser Tekak
Kanser tekak adalah tumor yang tumbuh dan berkembang di tekak, di sekitar tekak, peti suara, atau tonsil. Sama seperti kanser mulut dan lidah, kebanyakan pesakit mengalami kanser tekak mempunyai jenis karsinoma sel skuamus.
  • Suara garau atau serak
  • Ada ketumbuhan di tekak 
  • Sukar menelan
  • Kelenjar membengkak di leher
9. Kanser Darah
Kanser darah atau leukemia adalah kanser yang menyerang sel-sel yang membentuk sel-sel darah dalam sum-sum tulang. Dalam keadaan normal, sel-sel darah putih akan berkembang dari masa ke semasa pada masa yang diperlukan oleh badan untuk melawan jangkitan.

Satu lagi kes dengan orang yang mengidap kanser. Tulang sum-sum menghasilkan sel-sel darah putih yang tidak normal, ia tidak dapat berfungsi dengan betul, dan yang melampaui batas. jumlah yang berlebihan akan menyebabkan penumpukan dalam sel-sel sum-sum tulang daripada darah yang sihat akan dikurangkan.
  • Mudah letih atau pucat
  • Mudah lebam
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
10. Kanser Ovari
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Pantai Hospital Sungai Petani, Dr. Norhayati Bt Kasim, kanser ovari ialah ketumbuhan, barah dan pertumbuhan sel-sel di luar kawalan dan merbahaya yang berlaku pada kilang telur atau ovari wanita. Penyakit ini ialah kanser organ reproduktif yang ketiga paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
Tanda-Tanda Awal Kanser Ovari
  • Haid tidak teratur
  • Ketumbuhan keras dibahagian abdomen
  • Sakit semasa Bersama
  • Tumbuhan bulu rambut yang melampau
  • Suara menjadi lebih mendalam


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017

Ucapan SMS dan koleksi SMS ucapan hari raya telah menjadi tradisi menjelang Aidilfitri. Tetapi dunia semakin maju , hanya dengan menggunakan facebook, instagram dan whatsapp kini ucapan Selamat Hari Raya diterima sepantas kilat gitewww, jadi kad raya pun semakin ketinggalan zaman. Tiba-tiba rasa rindu zaman berbalas kad raya, meriah tau sebab kad raya nanti boleh gantung di dinding rumah. Tak lama lagi seluruh umat Islam di seluruh dunia bakal meraikan Hari Raya, 1 Syawal sudah tentu  SMS/Whatsapp ucapan hari raya menjadi pilihan bagi mereka yang tidak sempat hantar kad raya kepada yang tersayang. Digantikan dengan SMS/Whatsapp pengganti diri sudah tentu melahirkan tanda ingatan kita kepada orang yang tersayang. Semoga perkongsian kali ini dapat mengeratkan hubungan dan membuatkan orang tersayang anda tersenyum gembira. Oh ya lagi satu jangan lupa bahagiakan yang tersayang dengan belikan koleksi 'Fesyen Baju Raya 2017'. Mihmih

Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
=======================================================================

    "Salam Aidilfitri penuh keikhlasan andai ada kekhilafan antara kita lantas terkasar bahasa, tersilap kata, terguris rasa di lubuk sukma... Yang sering terjadi antara kita sebagai manusia biasa.. Halalkan segala jua makanan & Minuman.. Semoga Aidilfitri pada kali ini memberi 1001 erti buat kita semua... Akhir kata SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Indah Langit Kerana Awan, Indah Laut Kerana Kebiruan, Indah Ramadhan kerana Keinsafan, Indah Aidilfitri kerana Kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin"

=======================================================================

    "Kuih Paling Gangster = Lompat Tikam, Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi, Kuih Paling Keji = Taik Itik, Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek, Kuih Untuk Awet Muda = Seri Muka, Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap, Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk, Kuih Suka Pukul = Kuih Lompang, Kuih Dalam Zoo = Badak Berendam, Kuih Yang Dicipta Untuk Polis Trafik = Sam-Preeet, Kuih Yang Bangun sendiri = Kuih Bangkit, Kuih Orang tak madi = Bau-Lu, Kuih Paling tenteram = Kuih Makmur, Kuih Paling Lembap = Kuih Siput... hahaha... SELAMAT IDUL FITRI, MAAF ZAHIR N BATIN "

=======================================================================

    "Rumah Dihias Bagai Istana, Buat Persiapan Di Hari Raya, Jari Ku Susun Maaf Di Pinta, SMS Ku Hantar Pengganti Kad Raya. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Raut wajah suci berseri menjadi hiasan di hari bahagia, Anak-anak penyejuk mata, suami isteri pengindah hati, ibu bapa pengubat jiwa, menjadi hiburan di hari raya. Lantas terasa sayangNYA solat raya menjadi bukti hati. Rukuk Sujud pada yang esa sebagai tanda terima kasih kepadaNYA. Keluarga mulia keluarga bahagian tanda keredhaan daripadaNYA...*SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, semoga tuhan merahmati"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Salam Aidilfitri, SMS Pengganti Diri, Kad-kad dah tak main lagi, Ampun Dan Maaf Dipohoni, Salah dan Silap Harap Dimaafi"

=======================================================================

    "Anak Jaws Main Gitar, Anak Sotong Main Tabla, Kad Raya Malas Nak Hantar, Send SMS Jer Sudahlah, Semoga Ingatan Tak Akan Pudar, Terimalah Ucapan Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Walau Langkah Tak Bertemu, Tangan Tak Berjabat, Ucap Tak Terdengar, Mata Tak Bertentang.. Mohon maaf segala Kesilapan kerana ada tikanya Mata Silap Memandang, Telinga Salah Mendengar, Lidah Terlanjur Berkata-kata & Hati Tersalah Menduga... SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"

=======================================================================

    "Gema Takbir Memuji Ilahi, Petanda Bermula Aidilfitri, SMS Dikirim Pengganti Diri, Bukan Nak Lupa Adat & Tradisi, Tapi Ikut Perkembangan Teknologi Jari, Mohon AMpun Dan Maaf, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

=======================================================================

    "1 Syawal Menjelang Tiba, Takbir bergema menggegar Jiwa, Sekiranya ada Salah & Dosa, Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia, Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================

    "Kian berlabuh tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur hati Ikhlas Budi, Semoga segala kesalahan dimaafi, SELAMAT AIDILFITRI! MAAF ZAHIR BATIN ;) "

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Bila Takbir Raya Bergema, Hari Kemenangan Umat Berpuasa, Genangan Air Mata Mengusik Jiwa, Sepuluh Jari Saya Hulurkan, Ampun Maaf Di Pinta, Selamat hari Raya"

=======================================================================

    "Jika Jiwa Sebening Air, Maka Jangan Keruhkan. Jika Hati Seputih Awan, Jangan Mendungkan. Raih Kemenangan dengan saling memaafkan. Selamat Idul Fitri "

=======================================================================

    "Ngodok Kupat Nen Ngisor Ondo, Godong Nipah DiGawe Atep, Salah Silapku n Jaluk Ngapuro, Ketemu Meneh Neng Tahun Ngarep, Selamat Hari Royo, Maaf Zahir Batin "

=======================================================================

    "Buah pauh ditengah bendang, Jadi dagangan ditengah kota, Saudara jauh datang bertandang, Bermaaf-maafan sesama kita "

=======================================================================

    "Sungguh rendang pohon rumbia, Tempat persinggahan sianak kera, Ketupat rendang sudah tersedia, Jemputlah semua menjamu selera.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================

    "Disisir diandam dengan cekap, Potong rambut pelbagai gaya, Puasa sebulan sudahlah lengkap, Kita menyambut Hari Raya.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Sungai disusur sehari-hari, Dalam gelap menangkap ikan, Kami menyusun sepuluh jari, Salah dan silap harap maafkan... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

=======================================================================

    "Cincin disarung hati berdebar, Jarinan lembut wajah terhias, Ramadan disambut penuh sabar, Aidilfitri disambut dengan meriah... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN "

=======================================================================
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
Koleksi SMS Ucapan Hari Raya 2017
  "Ramadhan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"

=======================================================================

    "Sepuluh jari tersusun rapi, Bunga melati pengharum hati, SMS dikirim pengganti diri, Memohon maaf setulus hati, Mohon Maaf Zahir Dan Batin.  "

=======================================================================

    "BiLe RaYa LiNe Bz GiLa, MaSa Tu MaKi Pun x GuNa, MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa, OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa, uCaP sKrG Pn BoLeH aPa! SeLaMaT HaRì RäYe. "

=======================================================================

    "Masak Lemang Sambil Berdiri, Hendak makan di Aidilfitri, Nak hantar Kad raya Posmen dah cuti, SMS sahaja dapat ku beri, Bukan Lupa Tradisi, tapi ikut teknologi terkini yang ada dihujung jari.. SELAMAT HARI RAYA AIDI£FITRI MAAF ZAHIR BATiN…."

=======================================================================

    "Ketupat Pulut Di Atas Para, Hendak Di Rebus Di Atas Bara, SMS Dihantar Pengganti Kad Raya, Tanda Ingatan Di Hari Raya, Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Malam-malam lihat lampu jalan, tengok-tengok hantu raya, hati-hati diatas jalan, supaya selamat pulang beraya.Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin "

=======================================================================

    "Dlm kerendahan hati ada ketinggian budi, Dlm kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA… Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah"

=======================================================================

    "jambangan indah lagi berseri, menjadi hiasan di aidil fitri, sms ku kirimkan pengganti diri, tanda ingatan tak lupa dihati.. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "bulan ramadhan bulan yang mulia, di sambut dengan hati yang gembira, kini syawal semakin menjelma,tangan ku hulurkan maaf dipinta…  Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin"

=======================================================================

    "Tiba kita di musim perayaan, Ramai juga yang shopping sakan. Salam lebaran daku ucapkan, Di hari raya saling bermaafan. Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin."

=======================================================================

    "Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam. Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau, dokek digamit. Seuntai salam, sojambak kato. Dogup bicagho, meghisik raso...Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin"

=======================================================================
Credit : anugerahsemulajadi.blogspot.my

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Jus Kurma Susu Sedap!

Selamat menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang penuh keberkatan. Alhamdulillah kejap sahaja masa berlalu tup tup dah nak raya kan? Dah ushar 'Fesyen Baju Raya 2017' ke belum? Hemoooo hemoooo

Kali ni Mek Cah nak kongsi satu resepi Jus Kurma Susu yang selalu duk viral tu. Sudah pasti khasiat utama Jus Kurma Susu ni adalah untuk memberikan tenaga dan tidak mudah lapar di bulan Ramadhan ni. Maklum lah tanpa makanan dan minuman yang sesuai badan mudah rasa penat dan lapar tau lagi-lagi ibu yang sedang menyusu. Mungkin ramai dah tahu resepi Jus Kurma Susu ni tapi Mek Cah tak kira nak share jugak dengan korang. Gedik tau! Jom amalkan Jus Kurma Susu ketika waktu bersahur tau kerana banyak khasiat KHASIAT JUS KURMA SUSU yang patut korang tahu. Lagipun cara penyediaan pun tersangat mudah tau.
 Resepi Jus Kurma Susu
 Resepi Jus Kurma Susu
BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 kotak susu segar (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna 2X pek kecik susu kambing)
  • 9 biji kurma dibuang biji dan dibersihkan
  • 1 cawan air panas
  • Beberapa ketulan ais
  • 1 sudu kecil gula
CARA-CARA MENYEDIAKAN : 
  1. Rendam kurma dalam air panas 15 minit (Mek Cah cuma rendam semalaman dengan air biasa sahaja, contohnya selepas berbuka rendam kurma dan masa sahur tu dah boleh guna dah)
  2. Kisar kurma bersama air tadi sampai halus
  3. Masukkan ais dan kisar lg dengan gula (Nak tambah gula terpulang tapi Mek Cah tak tambah pun)
  4. Masukkan susu segar dan kisar hingga sebati. (Tak guna susu segar pun tak pe, Mek Cah cuma guna susu kambing yang pek kecik-kecik tu je.
CREDIT RESEPI JUS KURMA SUSU  : KONGSIRESEPIMUDAH

KHASIAT JUS KURMA SUSU
  1. Menyalurkan oksigen ke otak
  2. Potassium membuatkan fikiran lebih rasional
  3. Memberikan kandungan alkali secukupnya kepada cairan tubuh.
  4. Merangsang ginjal mengeluarkan toksin
  5. Menurun tekanan darah tinggi
  6. Membantu pembentukan kulit sihat.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua. Insyaallah. Amin.

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Fesyen Baju Raya 2017

Fesyen Baju Raya 2017 | Rindu nak aktif jual baju raya , rindu dengan Hazanis Fashion. Nampaknya tahun ni Hazanis Fashion masih lagi senyap sepi tapi nasib baik anisalisha.co pengubat rindu melepaskan geram untuk berniaga balik. Lupakan pasal kisah rindu ni apa kata fokus kepada fesyen baju raya 2017 dari jenama terkenal Malaysia antaranya Minaz, Leeyanarahman, BellaAmmara, Minimalace dan banyak lagi koleksi dari beberapa buah butik terkenal di Malaysia. Buka instagram je keluar koleksi raya dari mereka, tergugat iman tau. Sekarang masih pening nak pilih koleksi baju raya yang mana memandangkan semuanya cantik-cantik.

Jom kita tengok koleksi menarik dari beberapa buah butik terkenal Malaysia yang pasti membuatkan korang termimpi-mimpi dengan koleksi raya mereka. Syukur koleksi raya mereka sangat mendapat tempat dihati kita semua kan? Jadi antara banyak-banyak koleksi yang mana menjadi idaman kalbu korang untuk baju raya 2017?

 MINIMALACE
 Royal Raya, 28 Mei 2017 🏰 No 33A & 35A Jln Plumbum P7/P,40000 Seksyen 7 Shah Alam Selangor 👚Tuesday-Sunday(11AM-7PM) 📢 Monday Close 💻 Shop Online at : Minimalace.com

fesyen baju raya 2017

fesyen baju raya
fesyen baju raya 2017
fesyen baju raya 2017
fesyen baju raya 2017

Memang dari dulu lagi Mek Cah minat dengan koleksi dari Minimalace ni sebab semuanya comel-comel. Oleh itu tercipta lah entri 'Baju kurung peplum dari MinimaLace Boutique ', alhamdulillah mendapat sambutan hangat tau.

 MINAZ.MY 
 Let the DESIGN do the TALKING Minaz Bangi & Shah Alam : 10am - 7pm. Minaz Kuantan : 10am - 10pm. ___ Customer Service (HQ) : +603-8725 6304/DM (Mon-Fri, 9am-5pm) info@minaz.com.my www.minaz.com.my

FEYEN BAJU RAYA 2017
FEYEN BAJU RAYA 2017

Memang meletop habis koleksi baju raya dari Minaz ni tau sebab gunakan model pelakon terkenal Rozita Che Wan dan anaknya Ecah. Satu set dengan anak, harga pun boleh tahan. Kepada yang mampu sila lah beli tau. Syukur Minaz pernah menjadi sebutan di blog ini tau 'Minaz boutique : Tampil elegen ke majlis walimatulurus'.

FESYEN BAJU RAYA 2017
JH
FESYEN BAJU RAYA 2017

LEEYANARAHMAN.CO
Design Letops No1 Malaysia 1-23 ,Jln medan pusat bandar 7,Bangi Sentral ,43650 Bandar Baru Bangi Selangor | order : 018-2028428 Mon-Fri (10:30am-6:30pm) Sat-Sun (10:30am-8:30pm) www.leeyanarahman.com.my

BAJU RAYA TERKINI
KOLEKSI BAJU RAYA TERKINI
BAJU RAYA TERKINI
BAJU RAYA TERKINI 2017

Pernah ada koleksi baju raya tahun lepas dari Leeyanarahman.co, kalau nak tengok design macam mana baca yang ni tau 'Review Jamu Nenek D'Azaa - Pilihan Jamu Terbaik Untuk Kesihatan Wanita'.

 BELLAAMMARA
 MALAYSIA's #1 FASHION BRAND 🎉 Preorder #BellaRaya2017 now! 💍 Bella Ammara Lovers 🏦 KL, Shah Alam, Modvier, Bangi, Sg.Petani, JB, Kuantan & Online 🖥 Preorder now👇🏻 www.bellaammara.com

baju raya 2017
baju raya 2017
baju raya 2017
baju raya 2017
fesyen baju raya 2017

Fesyen Baju Raya 2017 | Itulah setakat ini butik baju raya 2017 yang selalu Mek Cah ushar, memang mengoda betul. Harga pun boleh tahan  gitewwww. yang penting beli mengikut kemampuan kita tau jangan kerana nafsu je. Sebab kadang baju raya ni pakai sekali je lepas tu simpan dalam almari buat koleksi. Membazir kan. Opsss!Oh ya nak ushar baju raya budak boleh terjah instagram anisalisha.co tau, harga memang murah giler bukan harga butik gitewwww. Nak cuci mata dulu pun boleh je. Ahaksss!

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...