Review Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat

Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat | Untuk menghilangkan masalah kulit muka berjerawat dan masalah kulit yang lain seperti berjeragat, berminyak, kulit muka tidak sekata kini Mek Cah sarankan korang menggunakan Viola Beauty Secret yang semakin meletop di pasaran dan tiada kesan sampingan seperti pengelupasan dan rasa perit sepanjang proses rawatan. 

Viola Beauty Secret Menghilangkan Jerawat

Viola Beauty Secret yang tampil dengan set lengkap day cream, night cream, cleanser diperbuat daripada bahan semulajadi terbaik dari MOROCCO seperti ARGAN OIL, APPLE STEM CELL, OLIVE OIL, BEARBERRY, COLLAGEN, PEPPERMINT OIL, serta EKSTRAK ALOE VERA, ROYAL JELLY, dan juga kaya dengan VITAMIN C, B5 & E terbukti mampu merawat masalah kulit muka yang di alami golongan wanita mahupun lelaki.

pengguna Viola Beauty Secret

KULIT JADI CANTIK, CERAH, GEBU, LICIN DAN BERSERI SETIAP KALI BANGUN DARI TIDUR!

Antara kelebihan Viola Beauty Secret Skincare :
  • Menghilangkan jerawat
  • Menghilangkan jeragatMenyekatakan toner kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Menghilangkan blackhead dan whitehead
  • Menghilangkan parut akibat jerawat dan jeragat
  • Mengurangkan pigmentasi
  • Mengawal masalah jeragat
  • Mampu mengurangkan garis-garis halus atau kedut pada wajah
  • Kulit kelihatan satu tona lebih cerah
  • Kulit kelihatan lebih kemerahan secara semulajadi dan berseri-seri
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam dan sel mati pada kulit
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak pada kulit muka
  • Mengurangkan kedut muka, eyebag, dark circles
  • Kulit akan kelihatan lebih Flawless , Glowing , Sihat , Anjal , Bersih

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN VIOLA REFRESHING CLEANSER : 
  • Basahkan sedikit muka dan tangan.
  • Picitkan cleanser pada tapak tangan (hanya sekali picit sudah memadai)
  • Gosokkan kedua belah tangan secara mendatar bagi menghasilkn sedikit buih (jangan gosok dalam keadaan menegak, kerana sabun bebentuk gel dan licin, ini akan menyebabkan ia terjatuh)
  • Sabunlah di seluruh bahagian wajah anda dengan perlahan-lahan. Kemudian cuci sebersihnya dan keringkan muka dengan towel.
  • NOTA PENTING: Sabun wajah yang mempunyai buih yang banyak akan mengeringkan kulit sekaligus mengurangkan kelembapan asal kulit wajah.

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN UV CREAM WITH SPF50++ :
  • Kegunaan pada waktu siang, pastikan memakainya sebelum keluar rumah.
  • Sapukan pada keseluruhan wajah dengan rata, SPF50++ akan kulit anda daripada pancaran matahari menembusi kulit anda.
  • Boleh juga dipakai ketika dirumah untuk merawat masalah dan memelihara kulit.

review Viola Beauty Secret

CARA PENGGUNAAN MULTI ACTIVE NIGHT CREAM :
  • Amalkan pemakaian sebelum tidur.
  • Setelah bersihkan wajah dengan Refreshing Cleanser, keringkan wajah dan sapu lah pada keseluruhan wajah dengan rata, kerana ia akan membantu merawat kulit wajah ketika anda sedang tidur.
  • NOTA PENTING : Ia juga boleh bertindak mematikan jerawat dan mengeringkan jerawat yg aktif dengan cepat. Selesai sapu pada keseluruhan wajah, titikkan sedikit pada bahagian jerawat anda sebelum tidur mahu pun waktu siang selepas memakai UV Cream.
Viola beauty secret telahpun mendapat kelulusan daripada KKM dan disahkan selamat malah 100% natural. Segala ramuan yang digunakan berasal daripada sumber semulajadi dan segala proses pembuatan produk viola beauty secret dipantau ketat dan di bawah kawalan dan standard ISO yang telah ditetapkan.

Antara testimoni pengguna Viola Beauty Secret :
testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

testimoni Viola Beauty Secret

Selain itu dengan munculnya ribuan testimoni pengguna Viola Beauty Secret korang tidak perlu was-was lagi untuk menggunakannya. Harga yang berpatutan hanya RM 79.00 (SM) dan RM 85.00 (SS). 

Website : violabeauty.com.my | Facebook : viola_beautysecret-HQ | Instagram : viola_beautysecret | Hotline : 011-3506 2344 atau 0111 4333 437

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review Advance Perfect Serum Argan Oil

Tsunami serum yang diperbuat dari argan oil telah melanda di seluruh Malaysia dimana kebaikan produk ini telah diakui ramai yang mampu menyelesaikan masalah kulit muka, masalah rambut gugur, merawat kuku malah turut menjadi anti penuaan yang bersesuaian kepada semua peringkat umur. Kali pertama mencuba Advance Perfect Serum Argan Oil  ini sudah tentu bangun keesokannya kulit muka jadi lembut seperti kulit baby. Argh! bestnya.


Semoga pemakaian yang berterusan mampu mengatasi masalah parut jerawat dan jeragat. Dah tak sabar nak cantik macam kawan Mek Cah iaitu @makcik_arganoil yang kini menjadi pengedar produk terhangat dipasaran ini. Cemburu melihat kulit wajah Cah yang kini semakin cantik dan bebas masalah kulit muka. Bukan hanya munculnya testimoni dari Cah tetapi wujud testimoni dari pengguna setia yang lain. 

kelebihan minyak argan oil

[KEAJAIBAN ARGAN OIL]
Jika anda ingin kelihatan cantik tetapi tidak mahukan sesuatu yang ada kesan sampingan, produk Argan Oil adalah pilihan yang tepat. Kami memberikan anda 100% minyak semulajadi yang dapat memberikan kelembutan dan kelembapan berpanjangan pada kulit anda. Rugi anda tak cuba!

testimoni Advance Perfect Serum Argan Oil

testimoni Advance Perfect Serum Argan Oil

Minyak Argan adalah sejenis minyak yang dihasilkan dari buah pohon Argan (spesis pokok yang dilindungi di dunia) yang hanya tumbuh di Maghribi (Morocco).Argan oil sangat terkenal sebagai bahan premium dalam pembuatan kosmetik dan perusahan ubat-ubatan. Argan oil mempunyai 200% lebih kaya dengan vitamin E berbanding minyak zaitun. 


Berikut merupakan kelebihan Argan Oil:

1. Minyak Argan kaya dengan vitamin E dan penggunaan setiap hari mampu menghasilkan kulit yang lebih tegang, halus dan tampak muda
2. Berfungsi sebagai pelembap semulajadi kepada kulit kerana mengandungi asid lemal dan sterol, sangat mudah diserap oleh kulit tanpa rasa berminyak
3. Menutrisi kulit dan menjaga kulit agar tidak kering kerana mengandungi triterpenoids yang efektif yang melindungi dari kekotoran dan sengatan sinar UV
4. Merawat kulit kepala agar rambut tumbuh lebat, kuat dan sihat
5. Merperkuatkan kuku, mengatasi masalah kuku yang rapuh dan mudah rosak
6. Mengatasi masalah bintik hitam, parut luka atau jerawat
7. Menghilangkan selulit/ Stretch mark selepas melahirkan dengan pemakaian Argan oil secara rutin

Berminat untuk mencuba? Jom dapatkan produk ini sekarang yang dijamin berkesan. Satt lagi tak perlu pakai krim malam dah. Opsss!

Whatsapp@Msg 0145090566 - Cah | Cod area Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang
Instagram : @makcik_arganoil @makcik_arganoil @makcik_arganoil

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Review PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur

Sekitar awal bulan Ogos 2015 yang lepas Mek Cah berkesempatan menginap di PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur. Punca Mek Cah berkesempatan menginap di sana ialah teman hubby kursus. Dah la selama seminggu jadi pengalaman dari segi perkhidmatan kemas bilik, makanan, dan layanan, parking semua Mek Cah dapat rasai dalam tempoh seminggu. Sangat berbeza dengan 'Hotel Murah di Kuala Lumpur' iaitu Hotel Sentral Kuala Lumpur. Apa pun setiap hotel mempunyai service berlainan. 

reviewn pnb perdana hotel

peta pnb perdana hotel

Yang penting Mek Cah tak rasa bosan langsung apabila hubby keluar kursus di Doubletree by Hilton Hotel Kuala Lumpur. Mula-mula hubby decide nak menginap di hotel tersebut tapi company hubby tak luluskan jadi kami memilih PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur yang hanya berjalan kaki 10 minit ke tempat kursus. 

foto PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur

hotel murah di kuala lumpur

Yang ni Mek Cah punya!
Pengalaman indah ketika menginap disana ialah dapat merasai sarapan pagi di puncak menara PNB Perdana Hotel Kuala Lumpur. Keindahan kota dapat dilihat dari puncak menara dan ianya rezeki kami kerana hari terakhir dapat bersarapan pagi disana memandangkan restoran di tingkat bawah ramai orang dan pekerjanya cadangkan kami bersarapan pagi di tingkat atas. Yang penting selama seminggu sarapan pagi kami adalah percuma. Terlalu banyak pilihan makanan sehingga kami tak pernah skip bersarapan. 

Hari ketiga kami baru berpeluang melawat kawasan hotel dan kononnya ingin bersauna bersama tup tup sunyi sangat dan rasa takut jadi kami cuma berehat cuci mata ditepi swimming pool.

facilities in pnb perdana hotel

facilities in pnb perdana hotel

Lokasi strategik berdekatan dengan Ampang Park cuma jalan kaki 4 minit ke sana dan train pun senang. Hanya naik LRT kami dapat sampai ke Masjid India dalam beberapa minit, dari menghadap jem baik kami naik LRT sahaja. Lol!

Bilik tidur kami di PNB Perdana Hotel selama seminggu 

10Binjai Restaurant



Jadi kepada yang mempunyai bajet lebih boleh la merasai suasana sebenar menginap disini. Yang penting perkhimatan mereka terbaik dan pasti korang akan teruja dengan juadah sarapan pagi yang terlalu banyak pilihan. Sekarang Mek Cah dan hubby dan tak sabar terbang ke Bandung pula pada 26 Ogos ini. Rindunya Bandung dan semestinya Mek Cah study lagi tentang 'Tips bercuti ke Bandung'. 

Okay jom sambung berangan berada di Tangkuban Parahu, Strawberry land, Floating Market, De' Ranch dan bla blaaaa. Papai. 

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap

Assalamualaikum cinta.

Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap | Memandangkan sekarang dah jadi isteri kepada Mr Ahmad Najdan Naseri kini haruslah rajin memasak dan bersedia untuk belajar walaupun sebelum ini jarang kedapur. Walaupun jarang memasak sebelum ini Mek Cah berjaya kongsi 'Resepi Nasi Ayam' yang kini mendapat sambutan bagi pengguna Mr Google. Sebenarnya sebelum kahwin lagi husband Mek Cah suka memasak dan antara dia dan Mek Cah dia lah yang lebih pakar dan memasak sedap. Untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri haruslah Mek Cah bersedia belajar memasak, Mr Google kan ada. Ahakss! 

resepi pisang goreng rangup

Kali ini Mek Cah ingin berkongsi  Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap. Resepi ini unik sebab guna tepung buatan sendiri yang terlajak mudah dan cepat. Lagipun tepung buatan sendiri lebih jimat, dah la tepung pisang goreng mahal di pasaran. Resepi pisang goreng ini memang menjadi tetapi ada part yang Mek Cah ubah iaitu tukar marjerin dengan sedikit minyak, kebetulan stock marjerin di dapur tiada. 

resepi pisang goreng rangup sedap

Bahan-bahan untuk membuat Pisang Goreng Rangup Sedap :
  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan tepung gandum
  • 5 sudu besar santan (santan kotak)
  • 1/2 sudu besar baking powder (jenama Royal)
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
  • 1 biji telur
* air secukupnya
* 2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.

Cara-cara penyediaan :
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat 
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan. (kesemua bahan Mek Cah blend je)
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.

*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek, cempedak, roti, tempe dan lain-lain lagi

Selamat mencuba, lebih sedap dimakan panas-panas bersama aiskrim vanilla coklat. Alhamdulillah, husband puji sedap dan berbaloi balik lunch di rumah. Ihikss

SMS/WHATSAPP: +6010-8931044

Tips bercuti ke Bandung

Tips bercuti ke Bandung sangatlah penting untuk korang berada disana. sebelum berlepas haruslah study dulu tentang tempat korang nak pergi. Alhamdulillah, sebelum berlepas mek cah study tentang Bandung melalui Mr Google. selain itu blogger Mek Onie berkongsi serba sedikit tentang tips percutian di Bandung hari tu. so terbit lah entri ini "Percutian ke Bandung : Day 1 (Tangkuban Parahu)" & "Percutian ke Bandung : Day 1 (Strawberry land, Floating Market, De' Ranch".

Update! pengalaman di Trans Studio Bandung 2016. Sekiranya berkunjung ke Bandung jangan lupa singgah di Trans Studio Bandung tau, pastinya banyak perkara menarik yang korang boleh cuba ketika disana. Nak tahu apa yang menarik jemput baca artikel " Pengalaman Menarik Di Trans Studio Bandung" , insyallah pasti dapat memberikan korang info berguna jika ingin berkunjung kesana. Lagi satu jangan lupa menginap di hotel ini yang pasti menjamin keselesaan dan mewah dengan pilihan makanan sarapan pagi 'Penginapan Selesa Di Bandung V Hotel & Residence'.

1) Tiket

sekiranya inginkan tiket penerbangan yang murah haruslah rajin singgah di web AirAsia. so perancangan awal harus dilakukan kerana AirAsia selalu je buat promosi tambang murah contoh entri ini "Promosi tambang murah AirAsia". tak rugi survey awal-awal dan terus booking sekiranya bersesuaian dengan masa free korang untuk terbang! . kalau yang ada budget tinggi boleh survey di MALAYSIASAIRLINES.

2) Baggasi

Plan nak shopping so abaikan niat untuk membawa berpuluh pasang baju. cuma bawa yang untuk pakai di hari pertama jerk. selebihnya boleh beli kat sana sebab harganya murah. tudung spare jangan dilupa. macam mek cah terbawa sehelai je selendang, tu pun pinjam yang adik punya tudung bawal. Nazakk. T.T

semasa nak fly dari KL-Bandung pastikan kosong je luggage anda dan tak lebih dari 9kg, so jimat tak perlu bayar yang bahagian luggage punya. mungkin masa untuk pulang dari Bandung-KL nanti perlukan luggage 20kg keatas sebab shopping banyak kan..:)

3) Kasut


beberapa hari sebelum berangkat mek cah dah plan tak nak bawa heel atau wedges walaupun diri ini telah sebati dengan kasut bertumit tinggi. tapi disebabkan untuk senang bergerak dan elakkan dari sakit kaki maka dah beli sepasang kasut khas untuk ke sana. alhamdulillah tak lenguh kaki berjalan. biarpun jadi pendek sekejap.lolzz kesimpulannya pakai je yang flat punya ataupun kasut yang selesa.

4) Duit / Bank

dinasihatkan tukar siap-siap duit RP di Malaysia. Elakkan tukar di Airport kerana agak mahal. di Bandung ada money changer dapat lebih banyak keuntungan. macam mek cah dah tukar siap-siap RM1000 di money changer bersebelah Pantai TiMur Kota Bharu, Kelantan.


Aktifkan akaun bank tempatan anda for International withdrawal. Maybank dan CIMB paling banyak dan mudah di jumpai di sana. Tapi ada caj yang agak mahal la kot around RM10-20. cara nak aktifkan melalui online ataupun call je operator mereka. mihmih


5) AIRPORT TAX

Masa sampai je asingkan RP75, 000 per person untuk tax AIRPORT, dalam duit malaysia lebih kurang RM24 . sebabnya takut nanti korang terguna duit tax gara-gara gila shopping. tapi tax juga boleh dibayar dalam RM, tapi harganya mahal sedikit dari harga dalam rupiah. 

6) HOTEL


sebelum fly pastikan korang dah call hotel-hotel yang korang ingin stay. sebabnya takut nanti tiba-tiba smpai penuh pulak. hotel pelbagai budget , so pandai-pandai je pilih yang mana sesuai dengan budget korang. boleh booking melalui AGODA, sekiranya ada card credit. tapi yang pasti lebih untung dan banyak kelebihan menginap ialah di  berhampiran bandar, ada wifi, supir, blue bird, tempat makan dan sebagainya. cadangan :

Marceilla hotel
Hotel Bandung (Jl Sinargalih No.9), Bandung, Indonesia
+62 22 2041317

7) Makan


sesetengah hotel telah sediakan sarapan pagi termasuk bayaran yang sewa hotel. tapi serius makanan di Marceilla hotel memang sedap. service pun best. bagi nak rasa makanan di luar hotel boleh sahaja. banyak tempat untuk makan tapi kalau boleh elakkan makan di gerai tepi jalan, takut perut korang tak serasi dengan makanan macam tu. mihmih tapi mek cah okay saja, lebih jimat. winkk.roti bakar kat Bandung sangat sedap. yumyum!

8) TIPS

Di Bandung ni memang amalkan budaya tips.even pak supir nak buat u-turn pon kene bayar tips kat orang jaga jalan tuh so, sentiasa get ready dengan duit kecil. lau dapat duit malaysia memang melompat la diorang sebab suka sangat. maknanya kite perlu sediakan duit kecil untuk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupun cuma IDR2000, sudah cukup besar bagi mereka.

9) Pengangkutan /Supir

Kami memang cukup selesa dengan salim +6281322731636 (prefer whatsapp) or ikut pakej 3D2N RM200 je minimum 4 pax. Dia memang mahir dengan selok belok jalan di sana. So tak de lah buang masa apabila pak supir sendiri nak kena tengok map kan. Salim juga pandai bagi idea kemana nak pergi. Berkenaan dengan kereta apa yang nak sewa, bilangin aja sama Salim total tetamu kamu. Dia bisa membantu dan sangat baik hati.:)

Salim : +6281322731636
email : emirtourtravel@gmail.com
Facebook : EMIR TOUR


10) Beli KEK


Kartika Sari, yang paling famous. pelbagai kek dan biskut ada. rasanya sedap. rugi sekiranya sampai ke sini tidak singgah ke kartika sari untuk di bawa pulang sebagai ole-ole. pisang salai pun sodap lagi-lagi yang ada cheese.

11) UBAT-UBATAN

sediakan bekalan ubatan seperti PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam . Cuma ada tambahan sket, kalau ke bandung jangan lupa bawa minyak angin and vicks yer. Cuaca sejuk senang nak sakit perut lah. Lagi pun kita tak biasa dengan ubat-ubatan yang terdapat di sana

12) ADAPTER

credit to : Mr Google
Yang ni pun tersangatlah penting!! Beli Plug adapter. Sebab kat Bandung ni plug diorang lai sikit. so belilah plug adapter supaya senang korang nak cas handphone, kamera tapi kalau terlupa beli kat pasar baru pun ada jual. so bawa siap-siap dari Malaysia kan senang. tapi? mek cah pinjam yang pak budi punya je. hihi ohsem tak?

11) Hati-hati

ehem! part yang perlu sentiasa di ingat supaya sentiasa hati-hati dengan penyeluk saku. pastikan sentiasa berjaga. galas beg ke depan. terutamanya di Pasar Baru. amalkan membaca ayat pelindung diri okay.;)

sekian sahaja tips dari mek cah. hope dapat membantu korang yang akan ke sana nanti. happy holidays guys. next?Bali! I'm coming. Mihmih insyaallah. Jangan lupa baca 'Tips melancong dan bercuti ke luar negara', ianya berguna sangat!


SMS/WHATSAPP: +6010-8931044
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...