RESEPI

TRAVEL

TIPS

Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan

by - 11:40 PM

Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan | Alhamdulillah syukur, walaupun sebelum ini Mek Cah tiada kereta idaman namun untuk memudahkan urusan harian jadi Mek Cah memilih kereta Saga SV kerana harga mampu milik. Nak beli kereta mahal-mahal kerja pun biasa-biasa sahaja. Namun tetap bersyukur diberikan peluang memiliki kereta ini. Memandangkan Mek Cah aktif berniaga di ‘Hazanis Fashion’ maka kereta merupakan pengangkutan yang penting untuk ulang alik ke pejabat pos dan ambil stok untuk dijual. Jadi terima kasih Saga SV kerena melengkapi hidupku. Chewah!



Mesti bunyinya agak poyo, alahhhh Saga SV je pun kan. Tapi terpulang korang nak fikir apa janji Mek Cah dah ada kereta untuk bergerak. Tak kan nak harapkan kereta abah je kan, nak naik moto isshhh bahaya sekarang ni. Mihmih 


Bagi yang ingin memiliki kereta Saga SV dengan harga terendah boleh lah hubungi FARIZ. Untuk urusan pembelian kereta memang Mek Cah deal dengan FARIZ ni. Orangnya baik, kalau ada masalah berkaitan kereta boleh rujuk dengan FARIZ. Tak sangka pulak waris jauh-jauh. 

Dalam tempoh sebulan dah dapat kereta ini, sempat la jugak kan Mek Cah beraya dengan kereta baru. Apa-pun rezeki dari Allah, syukur mampu jugak lah bayar bulan-bulan dengan duit hasil berniaga, sekurangnya nampak la jugak aset kan. Duit? Tak kan nak habiskan berjoli selalu kan? Tak kan nak habiskan duit dengan bercinta je kan? Elok lah beli kereta sekurangnya nampak duit habis kat mana. Hikss :P

Sekarang berbalik kepada review kereta Saga SV, kini kita mampu memiliki sebuah kereta serendah +-RM350 bayaran bulanan! Sangat rendah kan, terkejut Mek Cah pada mulanya macam tak percaya je. Ok, back to main topic, kereta ni boleh available dengan 6 colour iaitu Solid White (Putih), Tranquility Black (Hitam), Genetic Silver (Kelabu Silver), Blue Rock (Biru), Elegant Brown (koko ala-ala gold gitew) dan Fire Red (Merah yang Berjaya memikat hati mekcah, Opsss tiba-tiba). Banyak kan pilihan warna yang ditawarkan. 


Apa yang mekcah tahu, kereta ini dikuasai oleh enjin CamPro IAFM 4-Cylinder, DOHC 16 VALVE. Ok, dengan harga ini mekcah dapat banyak facilities menarik yang ditawarkan seperti 2 SRS Airbags untuk safety, remote key bersama alarm, reverse sensor dan juga radio + mp3 player. Yang paling penting, kereta ini sangat la “value for money” car kerana banyak features yang kita dapat pada harga yang rendah, boot belakang pun luas juga, boleh la nak buat isi-isi barang untuk stok ‘Hazanis Fashion’. Lagi satu perkara yang berjaya memikat hati mekcah ialah kereta ini menawarkan penggunaan bahan api yang sangat rendah iaitu pada 6.3L bahan api untuk pemanduan sejauh 100km. Dengan harga minyak sekarang pada RM2.30/L, mekcah kira-kira dapat 14.5sen/km, sangat la jimat kan.


Pusat Jualan Kereta Murah Di Kelantan | Haaa, tunggu apa lagi. Hubungilah FARIZ dari J.M Otomobil Sdn. Bhd kelantan untuk dapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang kereta idaman korang keluaran PROTON. Banyak lagi pilihan kereta lain yang boleh korang survey. Jangan nak mengorat FARIZ sudah la kan. Opss jangan lupa bagitahu datang dari blog hazanis tau. Kot dapat banyak free gift nanti. Hehe :P

Sales Advisor :- Mohd Fariz Che Dir 
SMS/WHATSAPP :- +60179525207





You May Also Like

21 kata-kata indah...

  1. Ok tu, harga mampu milik..(y) Nice car..pernah pakai jimat minyak ekonomi gak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. YUp boleh dikatan jimat jugak. bergantung kpd penggunaan. :P

      Delete
  2. Untungnya dah dapat beli kereta sendiri

    ReplyDelete
  3. Mek cah, saya pun berkira nak angkat gak 1 saga. Dekat tganu 400++ tau. Huhu. Murah pulak eh kelate nung.. huhu..

    ReplyDelete
  4. amboih nk posing baju sedondon ngn kete jugak... tak kisah la pakai kete apa pun, bagi akak lah jnji kite mampu nk byr duit kete bulan2, mampu utk isi minyak n maintenance kete tuh... btpe beli mahal2 pastu nk byr bulan2 kite terasa perit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sis. jnji mapu byr bulan2. alhamdulillah setakat ni okay lagi. :)

      Delete
  5. Oklah tuh :) yang penting ada transport senang nak gerak. Hopefully business makin maju la yer..amin..hehe

    ReplyDelete
  6. AMboi muda2 lagi dah beli kereta. Alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.Tahniah Kak Anis.Merah molek kito terrr.hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh seronok dah ada kereta sendiri..huhu

    ReplyDelete
  9. Uii, garang kaler... merah... daripada jauh boleh nampak. ^_^

    ReplyDelete
  10. Seronoknya beli kete diusia muda.. :)

    ReplyDelete
  11. ok, menunggu naik kereta baru kak anis, bila nak bwk atin? hehehe nak mkan ice cream kelapa :(

    ReplyDelete
  12. masa tu tak kuar lagi proton sv ni.... amik viva elite monthly 460 nanges je... kecik ooo nyesal dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nis pun nasib baik xambil viva, kalau tak menyesal jugak. :P

      Delete

siapa komen, dapat bunga ♥